Monday, August 17, 2009

Gambar honeymoon di tioman...:-)

Ketika berada di salah satu pulau yang berhampiran dengan pulau tioman...he posing baik nye...




Ketika sunset di pulau Tioman






Ketika kami bermain American Pool di bangunan berhampiran lobby hotel...Cikgu Asliza telah mengalahkan saye....hehe.....bagi chance...

Monday, June 22, 2009

Gambar perkahwinan kami










Terima kasih kepada semua yang hadir

Salam....selesai sudah majlis perkahwinan kami.....syukur alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dan melancarkan majlis kami... tidak lupa juga kepada para tetamu yang sempat datang ke majlis kami...pada yang tidak dapat hadir...tidak mengape....diharap dapat mendoakan kebahagian kami di dunia dan di akhirat..:) amin..

Thursday, May 7, 2009

Kad kawin telah diedarkan...

Kad-kad kawin telah mula diedarkan kepada saudara-saudara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami..kepada yang telah menerimanye, jika ade kesempatan waktu jemputlah hadir ke majlis kami...kedatangan anda akan memeriahkan lagi majlis kami...kepada yang mungkin terlepas pandang..he...atau mungkin tidak menerima kad tetapi ada membaca blog ini...boleh lah...memprint kad dibawah tajuk "Artwork kad kawin kami".. segala kesulitan harap dimaafkan...
Walaubagaimana pun diharap semua pihak dapat merestui perkahwinan kami dan mendoakan kebahagian kami didunia dan di akhirat...amin..

Tuesday, April 28, 2009

Tempat Honeymoon..:)..


Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort
Tioman Island, Pahang, Malaysia


Inilah tempat yang akan kami kunjungi, insyaallah.. selepas bertandang ke rumah saudara sebelah cikgu asliza iaitu di Mersing pada bulan Jun 09 nnt..so alang-alang dah kat sane terus je pergi ke Tioman...save sikit...hehe

-anwar-

Monday, April 13, 2009

Kad Kawin Telah Siap

Pada jumaat lepas kad kawin kami telah selamat tiba di umah cikgu asliza..hehe...lebih tepat lagi iaitu sebelum sembahyang jumaat..diterima oleh ibu cikgu asliza...kad kawin kami berwarna maroon..iaitu pilihan utama kami..haha...nnt gambarnye akan dipostkan di sini...




HALAMAN 1









HALAMAN 2

Monday, March 30, 2009

Salah set bilik tido..hehe...

Sabtu lepas saya n cikgu asliza pergi ke kedai perabot.....iyala nk beli set bilik tidor tuk bilik pengantin nnt..he.. tp set bilik tido tu sepatut nye dihantar semalam..iaitu hari ahad....nak dijadikan cerita...semalam memang perabot tu sampai kat umah cikgu asliza..dan waktu sampai tu...cikgu asliza takde kat rumah die pegi ke rumah kak long die.. so orang yg hantar perabot tu pon pasg perabot nye..dalam bilik tido....last skali bile cikgu asliza sampai umah...he konon excited aa nk rasmi katil baru...hehe...alih2...rupenye salah set bilik tido yg dihantar tu....hehe....terus die hilang mood..hehe...he....sabar2.....esok baru org perabut tu tukar perabotnye ye.. he..

-anwar-

Gambar-Gambar kenangan

Cikgu asliza di street mall danga bay - Ketika kali pertama dating selepas kami couple....he....yoyo ooo je main congkak sesorang.. duduk ayu sey..hehe...
(12 feb 2006)






First time tangkap gambar skali ketika di Anjung Warisan JB - Second time dating...Sambil makan banana split sambil dengar musik tradisional...pe tah name nye..yang pakai buluh tu...
(15 April 2006)





Bergambar bersama adik dan aruah mak saya - Selepas makan malam sempena menyambut hari jadi saya di Shah Alam..hari tu le..ader orang hilang beg baju..dgn hadiah tuk saye skali hilang..hehe...jgn mare..:)
( 28 Julai 2006)





-anwar-

Saturday, March 28, 2009

Artwork kad Kawin kami


Artwork kad Kawin kami...bahagian depan



Artwork kad Kawin kami...bahagian belakang



Monday, March 23, 2009

Sambungan serba sedikit sejarah kami

Sambungan .....

Pada 25 november 2006 cikgu asliza skali lagi datang ke rumah saye untuk melawat aruah mak saye yang ketika itu sedang sakit akibat penyakit kanser. kalu tak silap malam tu kami bermalam di hospital UM di Petaling jaya.

Pada 9 mei 2007 cikgu asliza petama kali nye tiba di kampung saye di Parit Raja Batu Pahat. Iaitu sehari selepas aruah mak saya dikebumikan. Di sana berlakulah sesi perkenalan cikgu asliza kepada ahli-ahli keluarga saya.

Pada 26 oktober 2007 saya memberanikan diri untuk tidur di rumah cikgu asliza kerana pada keesokan harinye kami akan ke kampung cikgu asliza di Mersing. Di sana kami melawat saudara mara cikgu asliza temasuklah nenek sebelah ibunye... Selain itu kami juga sempat melawat rumah kak long cikgu asliza yg tidak jauh dari kampungnye dan sempat bersantai di Air Papan, Mersing bersama 3 orang anak kak long.

Pada 16 ogos 2008 saya skali lagi memberanikan diri untuk bertemu kedua ibu bapa cikgu asliza untuk meminta restu hubungan antara kami dan ingin meminta pandangan tentang tarikh untuk pertunangan dan perkahwinan...Keduanye memberi restu namun ader sedikit perubahan pada tarikh perkahwinan berbanding perbincangan saya dan cikgu asliza...Apa pun perjumpaan itu berjalan lancar...he

Pada 11 disember 2008 kami pergi je Jaya jusco Tebrau untuk memilih cincin pertunangan.. setelah pergi 3,4 kedai emas..akhirnye kami bersetuju untuk membeli cincin di D&P... yang berharge ###..he harge rahsia..

dan Akhir skali pada 26 dis 2008 ..kami bertunang..dan pertunangan kami berjalan dengan lancar dan pantas....walaupon terlewat sedikit dari perancangan kerana rombongan dari pihak lelaki tersalah jalan...hehe......

































Sekian serba sedikit tentang sejarah kami..

-anwar-