Saturday, March 28, 2009

Artwork kad Kawin kami


Artwork kad Kawin kami...bahagian depan



Artwork kad Kawin kami...bahagian belakang



Monday, March 23, 2009

Sambungan serba sedikit sejarah kami

Sambungan .....

Pada 25 november 2006 cikgu asliza skali lagi datang ke rumah saye untuk melawat aruah mak saye yang ketika itu sedang sakit akibat penyakit kanser. kalu tak silap malam tu kami bermalam di hospital UM di Petaling jaya.

Pada 9 mei 2007 cikgu asliza petama kali nye tiba di kampung saye di Parit Raja Batu Pahat. Iaitu sehari selepas aruah mak saya dikebumikan. Di sana berlakulah sesi perkenalan cikgu asliza kepada ahli-ahli keluarga saya.

Pada 26 oktober 2007 saya memberanikan diri untuk tidur di rumah cikgu asliza kerana pada keesokan harinye kami akan ke kampung cikgu asliza di Mersing. Di sana kami melawat saudara mara cikgu asliza temasuklah nenek sebelah ibunye... Selain itu kami juga sempat melawat rumah kak long cikgu asliza yg tidak jauh dari kampungnye dan sempat bersantai di Air Papan, Mersing bersama 3 orang anak kak long.

Pada 16 ogos 2008 saya skali lagi memberanikan diri untuk bertemu kedua ibu bapa cikgu asliza untuk meminta restu hubungan antara kami dan ingin meminta pandangan tentang tarikh untuk pertunangan dan perkahwinan...Keduanye memberi restu namun ader sedikit perubahan pada tarikh perkahwinan berbanding perbincangan saya dan cikgu asliza...Apa pun perjumpaan itu berjalan lancar...he

Pada 11 disember 2008 kami pergi je Jaya jusco Tebrau untuk memilih cincin pertunangan.. setelah pergi 3,4 kedai emas..akhirnye kami bersetuju untuk membeli cincin di D&P... yang berharge ###..he harge rahsia..

dan Akhir skali pada 26 dis 2008 ..kami bertunang..dan pertunangan kami berjalan dengan lancar dan pantas....walaupon terlewat sedikit dari perancangan kerana rombongan dari pihak lelaki tersalah jalan...hehe......

































Sekian serba sedikit tentang sejarah kami..

-anwar-

Sunday, March 22, 2009

Serba Sedikit Sejarah Kami

Perkenalan bermula semasa kami sedang belajar di UTM Skudai. Di mana kami di tempatkan di dalam satu kolej kediaman yang sama iaitu Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)...he.. sy tersengih kerana ketika menulis post kali ini dan semasa blog ini dihasilkan atau dibina cikgu asliza kite tidak tahu menahu lansung tentang blog ini...hehe... blog ini dijangkakan akan memberi kejutan terbesar kepada cikgu asliza saya..:) ..InsyaAllah blog ini akan diumumkan kepada beliau selepas saya bersedia atau mungkin pada hari perkahwinan kami nanti...

Ok berbalik kepada sejarah kami....pada 27 Jan 2006 kami bersetuju tuk berpasangan@couple iaitu semasa saya bersama kawan-kawan UTM saya sedang bercuti di Genting Highland. Kami bersetuju tuk berpasangan melalui handpohne(HP) ketika itu.

Setelah berpasangan selama lebih kurang 6 bulan dan banyak kenangan manis dan pahit kami lalui, pada 28 Julai 2006 cikgu asliza buat petama kali menjejakkan kakinya ke rumah saya untuk meraikan harijadi saya yang ke 23,.. secara tak langsung tuk bertemu dengan keluarga saya di Subang Jaya..kami makan malam di sebuah restoran seafood di shah alam.

Tiga bulan selepas itu tiba giliran saya untuk bertandang ke rumah cikgu asliza iaitu pada 21 oktober 2006. Ini mcm biasa lah..sesi memperkenal kan diri kepada keluarge cikgu asliza pulak..he..

Akan bersambung..

-anwar-

Pembukaan Blog Anwar n Asliza Secara Rasminya

Assalamualaikum kepada semua yang melawati blog kami. Dengan ini secara rasminya blog kami dihasilkan pada hari Ahad 22 mac 2009. Iaitu bersamaan 11 minggu lagi hari pernikahan kami(7 Jun 2009) insyaAllah.

-anwar-