Sunday, March 22, 2009

Serba Sedikit Sejarah Kami

Perkenalan bermula semasa kami sedang belajar di UTM Skudai. Di mana kami di tempatkan di dalam satu kolej kediaman yang sama iaitu Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)...he.. sy tersengih kerana ketika menulis post kali ini dan semasa blog ini dihasilkan atau dibina cikgu asliza kite tidak tahu menahu lansung tentang blog ini...hehe... blog ini dijangkakan akan memberi kejutan terbesar kepada cikgu asliza saya..:) ..InsyaAllah blog ini akan diumumkan kepada beliau selepas saya bersedia atau mungkin pada hari perkahwinan kami nanti...

Ok berbalik kepada sejarah kami....pada 27 Jan 2006 kami bersetuju tuk berpasangan@couple iaitu semasa saya bersama kawan-kawan UTM saya sedang bercuti di Genting Highland. Kami bersetuju tuk berpasangan melalui handpohne(HP) ketika itu.

Setelah berpasangan selama lebih kurang 6 bulan dan banyak kenangan manis dan pahit kami lalui, pada 28 Julai 2006 cikgu asliza buat petama kali menjejakkan kakinya ke rumah saya untuk meraikan harijadi saya yang ke 23,.. secara tak langsung tuk bertemu dengan keluarga saya di Subang Jaya..kami makan malam di sebuah restoran seafood di shah alam.

Tiga bulan selepas itu tiba giliran saya untuk bertandang ke rumah cikgu asliza iaitu pada 21 oktober 2006. Ini mcm biasa lah..sesi memperkenal kan diri kepada keluarge cikgu asliza pulak..he..

Akan bersambung..

-anwar-

No comments:

Post a Comment